fbpx
Tangkap layar video menunjukkan beberapa jengkaut sedang merobohkan rumah Sahroni yang pernah diserbu penunjuk perasaan. - TikTok

Rumah bekas wakil rakyat kontroversi dirobohkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Bekas ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia, Ahmad Sahroni sekali lagi mengundang perhatian orang ramai apabila merobohkan rumahnya yang pernah diserbu beratus-ratus penunjuk perasaan, lapor laman berita Detik. 

Kediaman Sahroni yang terletak di Tanjung Priok, Jakarta Utara itu dijarah orang ramai pada 30 Ogos lalu. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kompascom menunjukkan dua jengkaut sedang mengalihkan serpihan lalu diletakkan di atas beberapa lori sampah.

Sejumlah pekerja dilihat mengasingkan logam dan serpihan, manakala beberapa lagi menuangkan air untuk memastikan kawasan itu bebas debu. 

Lelaki yang mengetuai proses perobohan dikenali sebagai Abdullah berkata, rumah Sahroni mula dirobohkan  sejak Isnin lalu dan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu. 

“Pasukan kami ditugaskan untuk meroboh kediaman Sahroni yang terletak di atas tanah seluas 400 meter persegi itu. Selepas diratakan dan dibersihkan, pasukan kontraktor akan meneruskan pembinaan rumah baharu,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI