fbpx
Hussein (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Balai Polis Pelabuhan Klang hari ini. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS / KOSMO!

Ruang rahsia bumbung kontena 45kg syabu terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Taktik licik sindiket antarabangsa menjadikan bumbung sebuah kontena sebagai ruang rahsia penyimpanan 45 kilogram (kg) syabu terbongkar dalam kejadian di Pelabuhan Barat di sini, minggu lalu.

Kontena dadah bernilai RM1.44 juta itu berjaya dikesan hasil pemeriksaan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 7 November lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejayaan itu hasil maklumat disalurkan Australian Federal Police (AFP) dan Dubai Police Anti Narcotics Unit.
Katanya, kontena itu dipercayai telah berada di pelabuhan berkenaan sejak 3 November lalu dan diikrarkan sebagai 22 bongkah marmar.

“Pemeriksaan dilakukan ke atas kontena tersebut telah menemui satu ruangan khas di bahagian luar atas bumbung kontena yang mempunyai kesan kimpalan.

“Hasil pemeriksaan lanjut kemudiannya menemukan 136 bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki syabu,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Pelabuhan Klang, di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, dadah itu dipercayai dari negara Asia Barat untuk penyeludupan ke Melbourne, Australia dengan negara ini hanya dijadikan transit bagi penyeludupan barang larangan tersebut. Tiada tangkapan suspek dalam kes itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN