fbpx
SEPERTI diam-diam ubi berisi, Nur Nilam Ortis tiba-tiba sahaja membuat perkongsian tentang anaknya yang sedang menghadapi sedikit masalah kesihatan sedangkan selama ini tidak pernah bercerita tentang kelahiran bayinya.

Rahsiakan kehamilan ‘KJ’ demi kesejahteraan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz yang juga usahawan menegaskan tindakannya merahsiakan kehamilan dan kelahiran anaknya yang hanya dibahaskan ‘KJ’ kerana enggan kesihatan mentalnya terjejas disebabkan komen negatif dalam media sosial.

Menurut Nilam, 45, dia melakukan perkara tersebut juga disebabkan pernah melalui pengalaman keguguran sebelum ini.

“Ramai tertanya-tanya sejak bila saya mengandung sebab sedar-sedar sudah melahirkan anak.

“Saya sengaja merahsiakan kehamilan untuk mengelakkan perkara tidak diingini dan tak mahu terjejas disebabkan media sosial.

“Saya pernah melalui keguguran sebelum ini dan untuk kehamilan kali ini, memang beri fokus kepada perniagaan sahaja berbanding isu kemelut rumah tangga,” katanya.

Mengulas lanjut, dia juga mengakui tekanan emosi yang dialaminya sepanjang tempoh kehamilan memberi kesan terhadap kesihatan mental dan kandungannya.

“Saya bukan sahaja perlu menjaga kandungan tetapi juga diri sendiri.

“Namun dalam keadaan penuh tekanan, sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.

“Kesan itu mungkin menjadi antara punca keadaan anak saya sekarang,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan KJ yang baru berusia lima minggu telah dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali akibat jangkitan kuman dalam darah.

Dia juga memohon doa daripada orang ramai agar KJ segera pulih.

“Saya mohon doa semua agar KJ segera sembuh.

“Sebagai seorang ibu, saya hanya mahu memberi sepenuh perhatian kepada anak kedua saya ini, tanpa terheret lagi dalam masalah yang tidak membawa kebaikan,” tuturnya.

KJ merupakan anak pertama hasil perkahwinan Nilam dan Azlan selepas lima tahun bergelar suami isteri.

Azlan dan Nur Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2021.

Nilam sebelum itu memiliki seorang anak lelaki berusia tujuh tahun daripada perkahwinan terdahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN