fbpx
Mohd. Khalid ketika perjumpaan khas bersama petugas PDRM sempena PRN17 Sabah pada hari ini. Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

PRN Sabah: Polis kenal pasti 15 kawasan panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Kira-kira 9,300 pegawai dan anggota polis ditempatkan di seluruh negeri untuk memastikan keselamatan terkawal di 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

‎Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, jumlah itu termasuk 4,300 anggota yang bertugas khusus untuk Hari Penamaan Calon esok di 25 pusat pencalonan.

‎“Penugasan melibatkan pelbagai elemen termasuk Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta unit kawalan khas bagi memastikan perjalanan PRN17 Sabah berlangsung dengan teratur sebelum, semasa dan selepas proses pengundian.
‎”Saya juga mengesahkan terdapat bantuan seramai 1,200 anggota dari Sarawak untuk digerakkan ke Sabah namun bergantung kepada keperluan semasa dan penilaian risiko dibuat kepimpinan Polis Kontinjen Sabah,” katanya selepas mengadakan perjumpaan sempena PRN17 Sabah di sini hari ini.

‎Dalam pada itu, Mohd. Khalid menyatakan ‎polis Sabah memberi perhatian khusus terhadap 15 kawasan panas sepanjang pilihan raya susulan jangkaan peningkatan aktiviti politik.

‎”Semua kawasan panas ini memerlukan pemantauan rapi. Penilaian kawasan panas mengambil kira kemungkinan provokasi, aktiviti kumpulan politik dan badan bukan kerajaan (NGO) tertentu,” katanya.

‎Mohd. Khalid berkata penilaian awal mendapati beberapa kawasan di sekitar Kota Kinabalu dan Pantai Timur Sabah berada dalam kategori fokus utama berdasarkan sejarah kepadatan pengundi, faktor geopolitik serta penglibatan kumpulan tertentu termasuk NGO yang aktif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI