fbpx
GAMBAR fail Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum (kanan). - Foto AFP

Presiden Claudia Sheinbaum diraba, Mexico tekad tangani gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA MEXICO – Kejadian mengejutkan yang menimpa Presiden Claudia Sheinbaum apabila beliau diraba di tempat awam mendorong tindakan politik segera untuk menangani masalah  gangguan seksual, lapor akhbar The Guardian semalam.

Setiausaha Hal Ehwal Wanita Mexico, Citlalli Hernández membentangkan pelan presiden untuk menangani isu tersebut merangkumi tindakan seperti memastikan hukuman penjara bagi kes gangguan seksual.

Pelan itu turut menggalakkan wanita melaporkan insiden gangguan dan  penderaan seksuall di samping melatih pendakwa raya dan pegawai lain tentang cara mengendalikan kes tersebut.

Ia  juga merangkumi kempen kesedaran awam di ruang awam, tempat kerja, sekolah dan pengangkutan awam bagi mencegah keganasan terhadap wanita.

“Kami ingin memberitahu semua wanita Mexico, kanak-kanak perempuan, remaja perempuan dan wanita secara umum bahawa anda tidak bersendirian.

“Apabila anda mengalami apa-apa bentuk keganasan, adalah penting untuk melaporkannya,” kata Hernández minggu lalu. 

Pelan itu susulan insiden di tempat awam, di mana seorang lelaki yang kelihatan mabuk cuba mencium Presiden Mexico  dan menyentuh payudaranya ketika beliau  berada di sebatang  jalan di Bandar Raya Mexico, 4 November lalu. 

Insiden itu  disiarkan dalam klip video dan mencetuskan kemarahan wanita Mexico.

Seorang anggota pasukannya kemudian campur tangan, manakala lelaki tersebut telah ditangkap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN