fbpx
Gambar hiasan

Penjawat awam Selangor dapat 3 bulan bonus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Para penjawat awam Selangor menerima bantuan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak tiga bulan gaji.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia sebagai tanda penghargaan serta dorongan kepada khidmat penjawat awam.

Menurutnya, sebanyak satu bulan setengah gaji telah pun disalurkan pada Februari tahun ini.

“Manakala BKK kali kedua sebanyak satu bulan setengah gaji minimum RM1,000 akan disalurkan pada 18 Disember depan,” katanya hari ini.

Amirudin menambah, bantuan itu termasuk pemberian kepada pemimpin masyarakat (MPKK), Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Bagan dan Tersusun, Ketua Komuniti India, Penyelia Wanita Berdaya serta penggerak belia Selangor yang menerima sebulan elaun.

“Petugas masjid pula menerima RM500 oleh sumbangan kerajaan negeri melalui Menteri Besar (Pemerbadanan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI