fbpx
Kon Yeow membentangkan Belanjawan 2026 Pulau Pinang pada sidang DUN di George Town hari ini. - Foto oleh DANIAL SAAD

Penjawat awam Pulau Pinang terima insentif khas bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang meluluskan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak 0.75 bulan gaji atau tiga per empat bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, BKK itu sebagai apresiasi dan penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang yang berjumlah 3,954 orang.

“Sukacita saya umumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak 0.75 bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, petang tadi.

Selain itu, penyelia dan guru Kelas Al-Quran serta Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), kakitangan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), guru tahfiz, guru pondok, guru tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina seramai 3,358 orang akan menerima imbuhan sebanyak RM300 secara `one-off’.

Menurut Kon Yeow, BKK dan bayaran secara `one-off’ tersebut melibatkan unjuran implikasi kewangan sebanyak RM11.49 juta dan akan dibayar pada Disember 2025. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN