NILAI – Gadis-gadis muda di sekitar kawasan Nilai kini hidup dalam ketakutan apabila seorang penunggang motosikal misteri berjaket hitam sering muncul dan giat mencabul mangsa. Modus operasi suspek dengan menghampiri mangsa yang menunggang motosikal seorang diri sebelum mencabul mereka di kawasan gelap di antara pukul 6 petang hingga 6 pagi. Kejadian terbaharu melibatkan wanita berusia 23 tahun yang dihampiri suspek berpakaian gelap ketika pulang dari kerja di sekitar kawasan Surau Mahabbah, Desa Indah di sini malam kelmarin. Menurut seorang wanita,……














