PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) memohon orang ramai membantu mengesan seorang wanita warga Myanmar bagi tujuan perbicaraan kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
JIM dalam satu kenyataan hari ini berkata, individu yang dicari merupakan Mi Win Lae Thu, 34, beralamat terakhir di 32, Jalan Velox 11, Taman Velox, 48000 Rawang, Selangor.
“Orang ramai diminta membantu memberikan maklumat individu berikut bagi tujuan perbicaraan di mahkamah,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Noor Haslinda Md Padzil, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JIM Putrajaya di talian 03-8880 1338/1330 pada waktu pejabat.
“Selepas waktu pejabat, maklumat boleh disalurkan terus ke Bilik Gerakan JIM di talian 03-8880 1555,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE













