fbpx
Keadaan mangsa yang terlibat kemalangan di Lebuh Raya Bukit Jalil hari ini.

Melambung lepas langgar lubang atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal cedera selepas terlibat kemalangan di Lebuh Raya Bukit Jalil menghala ke Pavilion, di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal telah terlanggar lubang sebelum melambung dan terjatuh ke atas jalan.

Mangsa dipercayai mengalami kecederaan pada kepala menerusi makluman orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Kejadian itu yang tular di media sosial turut mendapat perhatian Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando Zawawi.

Mengulas mengenai kejadian, Lando mempersoalkan keadaan jalan yang disyaki berlubang akibat kerosakan turapan di laluan berkenaan.

Sementara itu, Kosmo! sedang berusaha mendapatkan pihak polis bagi mengesahkan kejadian dan keadaan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI