fbpx
Fahmi pada sidang akhbar mingguan pasca Mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

MCMC diarah kenal pasti syarikat telco kenakan caj perkhidmatan perlindungan scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarah untuk mengenal pasti dan mendapatkan penjelasan daripada syarikat telekomunikasi (telco) yang dilaporkan mengenakan caj RM10 sebulan bagi perkhidmatan perlindungan scam atau penipuan.

Jurucakap kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penjelasan lanjut itu penting bagi meneliti kewajaran caj yang dikenakan oleh syarikat telco terbabit.

“Kita nak tahu dulu apa yang dimaksudkan (dengan perkhidmatan serta caj yang dikenakan),” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini. Media sebelum ini melaporkan persatuan pengguna dan pakar komputer menyelar tindakan telco mengenakan caj RM10 sebulan untuk perkhidmatan perlindungan scam atau penipuan.

Mereka menyifatkan tindakan itu bercanggah dengan prinsip tanggungjawab asas penyedia perkhidmatan berhubung keselamatan pengguna yang sepatutnya ditanggung setiap telco, bukan dijadikan sumber keuntungan baharu syarikat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI