fbpx
Tangkap layar video siaran langsung seorang lelaki memberi makan kepada seekor tapir di Kampung Rantau Abang, Dungun kelmarin.

Lelaki live ketika bagi makan tapir diberi amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menegur tindakan seorang lelaki kerap membuat kandungan siaran langsung memberi makan beberapa ekor tapir di Kampung Rantau Abang, di sini.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, perbuatan lelaki berkenaan dikesan setelah pihaknya menerima aduan daripada pengguna media sosial pada kelmarin.

“Siasatan mendapati aduan tersebut benar dan individu terlibat telah berjaya dikesan.
“Dia telah diberi amaran agar tidak mengulangi lagi perbuatan memberi makan kepada tapir yang merupakan haiwan dilindungi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kean Seong berkata, niat lelaki itu memberi makan kepada tapir berkenaan mungkin baik, namun ia boleh menganggu kitaran hidup haiwan liar terbabit.

Beliau berkata, kumpulan tapir itu berkemungkinan berasal dari hutan berhampiran.

Difahamkan lelaki terbabit sering membuat kandungan siaran langsung memberi makan buah-buahan kepada tapir dipercayai untuk menarik tontonan ramai, manakala haiwan itu dikatakan sering berkeliaran di sekitar Kampung Rantau Abang termasuk berhampiran rumahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI