fbpx
Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Mawat, Ulu Melaka di Langkawi hari ini.

Lelaki ditemui rentung bilik terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

LANGKAWI – Seorang lelaki dikenali sebagai Che Ros Mustapha, 53, ditemukan rentung selepas bilik sebuah rumah di Kampung Mawat, Ulu Melaka di sini terbakar hari ini.

Ketua Zon 4 (Langkawi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Mohd. Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 6.59 petang tadi.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik rumah kelas A dengan kemusnahan dianggarkan 90 peratus. Kebakaran berjaya dikawal pukul 7.31 malam tadi,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN