fbpx
Poster misi bawa pulang Asmah yang kini sedang dirawat di Mekah

Lebih RM300,000 lagi diperlukan untuk bawa Asmah pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memohon keprihatinan rakyat Malaysia untuk membantu membawa pulang seorang jemaah haji, Asmah Mansor, 71, yang sedang bertarung nyawa akibat penyakit pneumonia di Mekah.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook berkata, Asmah, yang kini bergantung pada alat bantuan pernafasan (ventilator) di sebuah hospital di Mekah, difahamkan sempat menyempurnakan ibadah haji sebelum keadaan kesihatannya merosot secara mendadak.

“Kos membawa pulang jemaah yang kritikal dengan kelengkapan perubatan khas adalah sangat tinggi.

“Setakat 13 November, dana terkumpul berjumlah RM144,364.28, manakala RM355,635.72 lagi masih diperlukan bagi mencapai sasaran keseluruhan RM500,000,” katanya di sini hari ini.

Justeru itu, Mohd Na’im berkata, bagi rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan, sumbangan boleh disalurkan melalui Tabung Musaadah Jakim-YWM ke akaun CIMB ISLAMIC, 86-0221818-6 serta meletakkan ‘Hajjah Asmah Binti Mansor’ sebagai rujukan.

“Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas ini Allah berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini,” katanya.

Terdahulu, media baru-baru ini melaporkan kira-kira RM500,000 diperlukan bagi menampung kos membawa pulang jemaah haji Malaysia yang masih dirawat di Saudi German Hospital di Mekah sejak 13 September lalu.

Kos yang tinggi tersebut diperlukan bagi penggunaan alat ventilator secara berterusan, termasuk ketika penerbangan pulang ke Malaysia bagi memastikan pesakit kekal stabil sepanjang perjalanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN