fbpx
Hantaran yang dimuat naik Muhammad Sanusi di Facebook hari ini.

‘Kami anak cucu…kami tidak gentar, perjuangan akan diteruskan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan bahawa kepimpinan negeri tidak akan gentar dalam mempertahankan hak dan kebenaran.

Beliau juga menyifatkan dirinya sebagai waris kepada pejuang yang pernah mempertahankan Kedah daripada kuasa luar.

Menerusi satu hantaran di Facebook beliau, Muhammad Sanusi menggambarkan perjuangan masa kini sebagai kesinambungan kepada perjuangan nenek moyang yang pernah menghadapi tekanan dan penindasan.
“Saya adalah anak cucu kepada pejuang negeri ini, saya yakin pada satu ketika, ketika kerajaan, kepimpinan kita lemah, diserang, dicengkam, dilanyak, dibunuh oleh kuasa besar.

“Di hati kecil, walaupun sedang bernaung, berlindung dalam satu kapal kecil di Sungai Merbok… mengharapkan pada suatu hari nanti, anak cucu aku akan bangkit tuntut kembali apa yang telah hilang,” katanya.

Menurut Muhammad Sanusi, generasi hari ini termasuk dirinya merupakan pewaris yang ditunggu-tunggu oleh pejuang terdahulu.

“Kamilah anak cucu itu, kami tidak gentar, kami tidak takut, perjuangan ini akan diteruskan sampai kebenaran muncul sama ada kami menang atau kami mati,” tegasnya.

Hantaran Sanusi itu dilihat sebagai mesej simbolik mengenai usaha kerajaan negeri mempertahankan kepentingan Kedah, selain menyuntik semangat kepada penyokong agar tidak berputus asa dalam menghadapi tekanan politik serta cabaran semasa.

Di ruangan komen pula, ramai yang mempertahankan Menteri Besar Kedah itu dah berharap beliau akan terus memimpin negeri tersebut.

“Terus berjuang MB (Menteri Besar) Kedah! Rakyat bersama MB. Rakyat yakin dengan kepimpinan MB Kedah. Jalan terus, pantang berundur,” kata Wan Fazriyanti.

“Terus kehadapan. Berundur jangan sekali…perjuangan diteruskan,” kata Semboyan.

“Selama menjadi rakyat Kedah MB inilah yang aku paling suka dan sikap berani beliau yang membuatkan aku yakin kepimpinan beliau mampu menjadi pemimpin utama negara. Insya-Allah,“ ujar Zaini Musa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN