fbpx
Sebuah treler ditahan selepas didapati membawa sebanyak 40 tan beras Siam di Taman Perisai Wira, Kuala Krai semalam. IHSAN POLIS

Gagal seludup 40 tan beras Siam ke KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Cubaan sindiket untuk menghantar 40 tan beras Siam yang dianggarkan bernilai RM200,000 ke ibu negara gagal selepas sebuah treler yang sarat membawa barangan seludup itu ditahan di Taman Perisai Wira, di sini semalam.

Treler jenis Nissan CD4 itu ditahan kira-kira pukul 8 malam semasa pegawai bersama anggota Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai menjalankan operasi bersepadu di Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, treler yang dipandu seorang lelaki itu didapati berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran simpang taman tersebut.
Menurutnya, pemeriksaan di dalam kenderaan berat itu membawa kepada penemuan sebanyak 40 tan beras putih tanpa sebarang dokumen sah.

“Siasatan lanjut mendapati, kesemua beras tersebut dibawa secara runcit dari kawasan sempadan Malaysia-Thailand sebelum dimuatkan ke dalam treler tersebut.

“Beras-beras tersebut akan dibawa sebelum dijual untuk pasaran di Kuala Lumpur. Jumlah keseluruhan rampasan termasuk sebuah treler dianggarkan bernilai RM350,050,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, pemandu treler itu ditahan manakala kenderaan tersebut bersama kesemua beras dirampas untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes dirujuk kepada Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1964. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI