fbpx
ARTETA hanya memiliki baki kontrak selama 18 bulan bersama Arsenal ketika beliau disebut-sebut sebagai pengganti terbaik Guardiola di Manchester City. - AFP

EPL: Arsenal berisiko hilang Arteta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pihak pengurusan Arsenal perlu pantas untuk memuktamadkan perjanjian baharu bersama pengendali pasukan itu, Mikel Arteta sekiranya mahu mengekalkan khidmatnya ketika kontrak beliau berbaki 18 bulan sahaja lagi.

Pengurus berusia 43 tahun itu mula mengambil alih tugas di Emirates pada 2019 dan sudah mengharungi 307 perlawanan bersama pasukan itu dan berjaya menjadikan Arsenal pencabar kuat kejuaraan Liga Perdana Inggeris sejak tiga musim lalu.

Arteta menandatangani lanjutan kontrak pada September tahun lalu dan kontraknya bakal berakhir pada 30 Jun 2027, namun khidmatnya mula dipantau oleh beberapa kelab gergasi lain menyebabkan Arsenal perlu lebih pantas.

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola memiliki kontrak sehingga hujung musim ini dan bakal meninggalkan Etihad sekali gus timbulnya spekulasi bahawa Arteta adalah calon terbaik untuk mengisi kekosongan tersebut.

Situasi itu menimbulkan keresahan dalam kalangan peminat yang mahu Arteta terus kekal menyebabkan wujud desakan terhadap pihak pengurusan untuk mula membuka rundingan dengan tawaran kontrak baharu.

Bagaimanapun, perkara yang sedikit melegakan adalah terdapat laporan bahawa kelab dan Arteta sudah bersetuju untuk mengadakan rundingan pada hujung musim ini ketika Arsenal kini fokus untuk memburu kejuaraan EPL.

Selain kontrak melibatkan Arteta, pihak pengurusan kelab itu berdepan tugas yang berat untuk meneliti tawaran kontrak lain ketika beberapa pemain tonggak serta bintang muda mereka seperti David Raya, Gabriel Magalhaes, William Saliba, Myles Lewis-Skelly dan Ethan Nwaneri perlukan perjanjian baharu untuk terus kekal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN