fbpx
Amirudin

Belanjawan Selangor 2026: 8,317 veteran tak berpencen dapat baucar RM200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seramai 8,317 veteran tidak berpencen akan mendapat Baucar Jom Shopping Hari Pahlawan Negara sebanyak RM200 bagi Belanjawan Selangor 2026.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, baucar pada Hari Pahlawan Negara pada 31 Julai tahun hadapan itu sebagai tanda penghargaan atas komitmen komuniti pesara polis dan tentera di negeri ini.

“Ini melibatkan peruntukkan sebanyak RM1.7 juta,” katanya pada pembentangan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejumlah RM18.48 juta dengan tambahan dana RM2 juta diperuntukkan bagi baucar Jom Shopping Perayaan yang disasarkan kepada 92,400.

Tambahnya, ini melibatkan baucar bagi tiga perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN