fbpx
SKUAD negara bakal berdepan cabaran hebat saingan Kumpulan E, namun menyasarkan status naib juara kumpulan. - FB MHC

Belanda ancaman besar Young Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD hoki remaja negara berdepan laluan getir pada kempen Piala Dunia Remaja di Tamil Nadu, India dari 28 November hingga 11 Disember ini selepas diundi dalam ‘kumpulan maut’ bersama tiga gergasi Eropah, Belanda, England dan Austria.

Pengendali pasukan Young Tigers, Nor Saiful Zaini Nasiruddin bersikap realistik dengan meletakkan sasaran awal untuk sekurang-kurangnya mahu muncul sebagai naib juara Kumpulan E bagi mencerahkan peluang mara ke pusingan suku akhir.

Menurutnya, misi wajib menang perlu diraih ketika menentang England dan Austria, sambil mengakui kehebatan pasukan ranking kelima dunia, Belanda yang dianggap sebagai halangan terbesar untuk merebut status juara kumpulan.

“Untuk menjadi juara kumpulan adalah sangat-sangat sukar dan kita kena letak sasaran yang lebih realistik. Oleh itu, kami akan cuba mendapatkan tempat kedua di peringkat kumpulan tetapi dengan syarat menewaskan Austria dan England.

“Itu sasaran utama kami dan kami akan fokus untuk mencapainya,” katanya ketika sidang media pengumuman skuad remaja di Stadium Hoki Bukit Jalil, semalam.

Mengulas mengenai kekuatan lawan, Nor Saiful mengakui skuad negara tidak boleh bermain secara terbuka terutama ketika menentang Belanda yang memiliki kelebihan dari segi fizikal, kemahiran satu lawan satu serta taktikal yang kemas.

Katanya, pendekatan disiplin tinggi akan menjadi senjata utama untuk menyekat kemaraan skuad Oranje itu untuk meraih kemenangan lebih mudah di peringkat kumpulan.

Saiful turut menegaskan , fokus utama skuad negara kini tertumpu kepada memperkemas penyudah peluang, pertahanan semasa ‘penalty corner’ serta kemampuan pemain menyesuaikan diri dengan corak dan cuaca di India.

Malaysia dijangka mengharungi tiga perlawanan kumpulan menentang Austria (29 November), Belanda (30 November) dan England (2 Disember) dengan sasaran minimum mara ke suku akhir bagi memperbaiki pencapaian edisi terdahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI