fbpx
Keadaan bangunan SMK Jalan 3 Bangi yang musnah terbakar hari ini. IHSAN BOMBA

Bangunan SMK Jalan 3 Bangi musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Sebuah bangunan yang dijadikan stor peralatan sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan 3 Bangi musnah dalam kebakaran hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 6.54 pagi.

Menurutnya, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan Kajang bersama empat jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan sebuah bangunan yang dijadikan stor peralatan sukan dan didapati terbakar 100 peratus.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran berjaya dikawal pada 7.07 pagi dan padam sepenuhnya pada 7.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI