PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki berkopiah yang menunggang motosikal dilihat tenang walaupun berada bersebelahan anggota polis trafik ketika berhenti di lampu isyarat.
Klip video yang diuat naik di TikTok oleh pengguna @abngnaim77 mencuri perhatian pengguna media sosial.
Menerusi hantaran itu, lelaki berkopiah dan berjubah itu dilihat menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.
Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat, kelihatan seorang anggota polis trafik yang berada di sebelahnya sempat menoleh beberapa kali ke arah lelaki berkenaan sebelum beredar.
Situasi itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang turut berseloroh mengatakan lelaki tersebut ‘dilindungi doa’.
“Pak cik ada baca-baca itu sebab polis pun tidak nampak,” komen @shahsnap
“Hebat pak cik. Buat santai saja, tidak pandang pun abang polis,” kata Shilla.
“Pak cik, polis sebelah, masih santai di posisi ya,” komen Asirah. – KOSMO! ONLINE
@abngnaim77 Santai 😬 #viralvideo #fyppppppppppppppppppppppp #foryou ♬ suara asli – kejora














