fbpx
Tangkap layar kekecohan yang berlaku antara Inspektor Sheila dan seorang peniaga lelaki.

[VIDEO] Apa lagi masalah Inspektor Sheila?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nama Inspektor Sheila sekali lagi menjadi tumpuan apabila tular satu rakaman video memaparkan pegawai polis wanita itu didakwa menimbulkan kekecohan di sebuah gerai makan di ibu negara pagi tadi.

Dalam video berdurasi 43 saat itu, wanita berkenaan dilihat bertegang urat dengan seorang lelaki dipercayai pemilik gerai terbabit sehingga kekecohan tersebut menarik perhatian pelanggan lain.

“Kenapa awak sentuh saya? Kenapa sentuh saya? Apa hak awak sentuh saya?,” soal Inspektor Sheila berulang kali.

Wanita itu turut mengajak peniaga terbabit untuk bergerak ke kawasan lain bagi menyelesaikan isu berbangkit antara mereka.

“Jom saya ikut,” katanya.

Kemudian, seorang wanita yang dipercayai pasangan kepada peniaga terbabit cuba untuk meredakan situasi namun kedua-dua mereka terus bertikam lidah.

“Kenapa dia sentuh saya? Awak tanya dia. Kalau saya kecoh, awak nak sentuh saya? Saya perempuan tau,” soal Inspektor Sheila lagi.

Dia juga menuntut permohonan maaf daripada peniaga terbabit.

“Boleh minta maaf atau tidak? Kenapa awak sentuh saya? Sentuh perempuan,” katanya.

Terdahulu, pegawai polis dikenali Inspektor Sheila didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis di hadapan sebuah restoran, minggu lalu.

Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Inspektor Sheila digantung tugas sejak 23 Jun 2023, berhubung beberapa kes antaranya menghina seorang anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas. – KOSMO! ONLINE

@erol.gombak♬ bunyi asal – KAYROLL 2156

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI