fbpx
Van keselamatan terbakar ketika dalam perjalanan menghantar duit ke beberapa mesin ATM. - Istimewa

Van keselamatan terbakar, duit RM1.1 juta hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah van keselamatan yang membawa wang milik Bank Negara Indonesia (BNI) terbakar di Polewali Mandar, wilayah Sulawesi Barat, menyebabkan wang tunai sebanyak 4.6 bilion rupiah (RM1.1 juta) turut hangus, lapor laman berita Detik hari ini.

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.40 tengah hari (waktu tempatan) semalam.

“Siasatan awal mendapati ia berpunca daripada kebocoran bahan api atau litar pintas,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Polewali Mandar, Asisten Komisioner Budi Adi.

Budi mengesahkan bahawa tiada kemalangan jiwa dalam kebakaran itu. Tambahnya, beliau masih menunggu keputusan siasatan tempat kejadian untuk menentukan puncanya.

Sementara itu, Ketua Polis Tinambung, Inspektor Pertama M Azharil Naufal berkata, kenderaan itu membawa wang tunai bernilai 5.2 bilion rupiah (RM1.3 juta) untuk diisi pada beberapa mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar kawasan itu.

Ia dikendalikan oleh syarikat penyelesaian tunai, Swadaya Sarana Informatika (SSI).

“Kenderaan SSI itu membawa wang tunai bernilai 5.2 bilion rupiah milik Bank BNI. Wang itu bertujuan bagi mengisi semula ATM BNI di daerah Polewali Mandar dan Majene,” katanya.

Sebahagian daripada wang itu telah digunakan untuk mengisi ATM BNI di dua cawangan. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI