KLANG – Sebuah video tular memaparkan detik cemas apabila dua kenderaan dipercayai terbabit dalam kes tembakan di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, semalam.
Rakaman berdurasi satu minit 17 saat itu memaparkan seorang lelaki memegang pistol terjatuh di antara pam minyak.
Sementara itu, perakam video turut dilihat mengambil satu kelonsong peluru selepas kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa ketika dihubungi berkata, kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE















