fbpx
Asnor Muizan (tiga dari kiri) dan Choo Seong (empat dari kiri) meninjau projek tebatan banjir di Kg. Matang Gelugor di Taiping hari ini.

Projek tebatan banjir, mendalamkan sungai di LMS siap hujung bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Projek tebatan banjir dan mendalamkan sungai di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) yang dimulakan pada minggu lalu dijangka dapat diselesaikan pada hujung bulan ini.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak, Ir. Dr. Asnor Muizan Ishak berkata, lokasi-lokasi terlibat dalam projek tersebut telah mencatatkan peratusan siap yang tinggi, seperti projek tebatan banjir di Kg. Matang Gelugor telah mencapai tahap 80 peratus.

“Begitu juga seperti projek mendalamkan sungai di kolam takungan Pengkalan Ayu, ia telah hampir siap sepenuhnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Neow Choo Seong mengadakan lawatan kerja ke kolam takungan Pengkalan Ayu dan projek tebatan di Kg. Matang Gelugor di sini.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan meluluskan peruntukan segera bernilai RM1.2 juta bagi kerja-kerja mendalamkan sungai dan program tebatan banjir di daerah berkenaan ekoran bencana banjir teruk yang berlaku sejak awal bulan lalu.

Keputusan kerajaan itu dibuat selepas bencana banjir yang menjejaskan penduduk di daerah tersebut dilihat lebih serius berbanding kejadian sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN