fbpx
Tangkap layar kejadian.

Penjenayah hampir gilis polis ditangkap, ada 25 rekod lampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang penjenayah yang tular bertindak agresif dan hampir mengilis anggota polis menggunakan kenderaan di stesen minyak di Persiaran Raja Muda Musa akhirnya berjaya dicekup awal pagi tadi.

Penahanan suspek lelaki warga tempatan berusia 33 tahun itu dibuat kira-kira pukul 12.45 pagi di sekitar bandar Bukit Tinggi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati suspek berusia 33 tahun disyaki terlibat dengan satu kes samun di Subang Jaya.

Katanya, berdasarkan siasatan mendapati pasukan polis telah terserempak dengan kereta jenis Toyota Vios dinaiki suspek kira-kira pukul 2.30 petang semalam di stesen

“Apabila hendak ditangkap, suspek bertindak agresif menolak anggota polis dan melarikan diri menggunakan kereta dipandunya itu.

“Pasa masa tersebut, kereta suspek telah melanggar dan hampir menggilis kaki anggota polis serta melanggar kereta digunakan pasukan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, impak kejadian itu anggota polis tersebut telah mengalami kecederaan dan telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini selain kereta pasukan polis mengalami kerosakan.

Tambah Ramli, suspek kemudiannya didapati dengan memandu melawan arus di laluan Persiaran Raja Muda Musa menghala ke Shah Alam.

“Seterusnya, suspek telah meninggalkan keretanya di tepi jalan Persiaran Sultan Ibrahim sebelum melarikan diri.

“Bertindak maklumat, suspek kemudiannya berjaya ditangkap dengan semakan menunjukkan lelaki itu mempunyai 20 rekod jenayah lampau dan lima rekod dadah,” jelasnya.

Beliau menegaskan, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk penglibatan jenayah dilakukan suspek itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang penjawat awam serta cubaan bunuh,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa bukan peluru atau pistol yang diambil oleh perakam video tular tersebut sebaliknya serpihan kunci pada pinggang mangsa.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebuah video tular memaparkan detik cemas apabila dua kenderaan dipercayai terbabit dalam kes tembakan di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, semalam.

Rakaman berdurasi satu minit 17 saat itu memaparkan seorang lelaki memegang pistol terjatuh di antara pam minyak serta perakam video turut dilihat mengambil satu kelonsong peluru selepas kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI