fbpx
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan di Kilometer 51 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi pagi tadi.

Pekerja Rapid Pengerang maut dalam perjalanan ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang pemuda maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Rapid Pengerang selepas terlibat kemalangan dengan tiga buah kenderaan di Kilometer 51 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Firdaus Mohamed Lazi, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 7.45 pagi melibatkan motosikal Honda C100, motosikal SYM VF31I dan Toyota Wish.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa terlanggar belakang motosikal Honda yang ditunggang seorang lelaki berusia 55 tahun.

“Akibat kemalangan itu menyebabkan, motosikal mangsa masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta Toyota Wish yang dipandu lelaki berusia 42 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lelaki berusia 55 tahun turut cedera di bahagian kepala dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT) sementara pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke HKT untuk urusan bedah siasat dan kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI