fbpx
Anwar disambut meraih ketika menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Pendidikan Islam IPT Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Selangor hari ini.

‘Malaysia negara pelbagai kaum, saya nak aman negara ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keamanan yang dinikmati Malaysia sebagai sebuah negara terdiri daripada pelbagai kaum perlu dipertahankan.

Menurut beliau, isu yang menimbulkan keadaan riuh-rendah seperti pemberian bantuan sebanyak RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tidak sepatutnya timbul.

Kata beliau, bantuan itu tidak sebanyak dana lebih RM3 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pendidikan Islam.

“Bila kita (kerajaan) beri bantuan kepada sekolah Cina RM50 juta riuh-rendah. (Konon) Anwar sudah tinggalkan semangat agama dia, cuma bantu sekolah Cina. Ya Allah.

“Dapatkan fakta yang tepat. Tidak kurang RM3 bilion hanya untuk pendidikan Islam. Kalau beri sekolah Cina RM100 juta pun apa masalahnya. Ini negara pelbagai kaum, saya nak aman negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Konvensyen Pendidikan Islam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Selangor, Bangi dekat sini hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan institusi sekolah pondok, malah telah bertemu dengan ramai Tok Guru yang mengendalikan sekolah pondok.

Bagaimanapun, katanya, beliau mencadangkan sekolah pondok bersedia menerima disiplin baharu dalam aspek pendidikan sekiranya mahu menjadi benteng yang mempertahankan umat.

“Kecerdasan buatan (AI), digital soal agama, soal alam sekitar dimasukkan dalam kokurikulum. Kalau perlu bantu, kita bantu.

“Bantuan seperti kemudahan komputer atau kemudahan untuk menguasai AI dan sebagainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI