fbpx
KEHADIRAN Luqman Hakim (tengah) diharap mampu menghadirkan sesuatu yang lebih positif buat jentera serangan Harimau Malaya. - MALAYSIA NT

Luqman Hakim beri nilai tambah buat Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

BUKIT JALIL – Pertahanan negara, Harith Haiqal Adam Afkar berharap Luqman Hakim Shamsudin mampu memanfaatkan peluang bersama Harimau Malaya yang kini dalam persiapan untuk menentang Nepal dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Sambil mengakui gembira untuk melihat rakannya itu kembali ke skuad kebangsaan, Harith juga merasakan kehadiran Luqman beri nilai tambah buat Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski.

“Sejujurnya, saya gembira dengan adanya dia (Luqman) kembali di Liga Malaysia dan ke dalam pasukan kebangsaan. Saya gembira untuknya dan saya rasa dia ada sesuatu yang boleh menambah baik dalam pasukan ini.

“Selain daripada kita ada Arif Aiman (Hanapi), sekarang kita pula ada Luqman Hakim. Jadi, harap dia dapat peluang dan bagi yang terbaik malah bagi saya ini satu pendedahan yang baik,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menyertai skuad kebangsaan adalah pada 2022 ketika Harimau Malaya menentang Singapura dalam aksi persahabatan antarabangsa.

Kali ini Cklamovski ambil keputusan menyenaraikan Luqman bagi menggantikan tempat Jordan Mintah selepas penyerang naturalisasi itu terpaksa meninggalkan kem pusat ekoran faktor kesihatan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN