fbpx
Cikgu Param memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos rawatan dan penjagaan lebih RM4,000 sebulan. Foto FACEBOOK FIRDAUS MOKHTAR

Kos penjagaan lebih RM4,000, Cikgu Param mohon bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktivis masyarakat, Muhammad Farhan Param Kunaseigaran, 38, kini memerlukan bantuan orang ramai selepas hilang upaya berjalan ekoran pembedahan membuang tumor di tulang belakang, Ogos lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Param, terpaksa menanggung kos rawatan dan penjagaan mencecah lebih RM4,000 sebulan.

Perkara itu dikongsikan salah seorang kenalannya, Firdaus Mokhtar di media sosial, hari ini.

“Lepas pembedahan, badan Cikgu Param selalu rasa kebas dan tak boleh berjalan macam dulu. Pergerakan terhad, kena pakai lampin pakai buang juga.

“Tinggal seorang, lagi terganggu urusan harian dan kos sangat tinggi. Lampin, ubat-ubatan, makanan macam orang pantang dan fisioterapi kena buat di rumah.

“Jadi Cikgu Param minta tolong kalau ada yang sudi untuk bantu urusan dia. Sebagai kawan, saya terpanggil jika ada yang sudi nak bantu,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Cikgu Param, 1141 3305 5387 (Parameswaran AL Kunaseiga).

Terdahulu, Kosmo! pernah berkongsi kisah pengalaman Cikgu Param yang memeluk agama Islam dan mengucap kalimah syahadah di Masjid Taman Bandar Baru, Sungai Lalang selepas solat Jumaat, pada 9 September 2022.

Beliau melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre, Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof selain disaksikan beberapa jemaah lain termasuk sahabat handai.

Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat memeluk Islam dan kejadian hitam apabila tiga ahli keluarga iaitu ibu, bapa dan abangnya meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada 2021, menguatkan lagi keinginannya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN