fbpx
Anwar disambut meraih ketika menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Pendidikan Islam IPT Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Selangor hari ini.

Kerajaan tidak kemuka rayuan bukan sebab PRN Sabah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan terhadap pemberian khas berdasarkan 40 peratus hasil yang diperoleh dari Sabah bukan disebabkan oleh Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung di negeri itu pada 29 November ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut tiada kaitan dengan PRN Sabah, sebaliknya dibuat selepas banyak mesyuarat diadakan oleh kerajaan bagi membincangkan perkara itu.

“Tidak. Kita telah menerima isu berkenaan penghakiman. Kita adakan mesyuarat beberapa belas kali. Mesyuarat dipengerusikan oleh (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Saya sendiri pengerusikan (mesyuarat) di Kuching, di Kota Kinabalu, di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Konvensyen Pendidikan Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Bangi dekat sini hari ini.

Terdahulu, Anwar pada sidang Dewan Rakyat hari ini memaklumkan, keputusan Kerajaan Persekutuan tidak memfailkan rayuan ke atas keputusan terhadap kes terbabit kerana menghormati proses perundangan.

Perdana Menteri turut menjelaskan, pemberian khas itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, beliau menafikan dakwaan pihak yang mengaitkan tindakan kerajaan memfailkan rayuan ke atas alasan penghakiman sebagai usaha merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Ujar beliau, Kerajaan Persekutuan juga terikat dengan Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI