Patagonia yang terletak di Amerika Selatan merangkumi sebahagian wilayah Chile dan Argentina merupakan kawasan pancingan terkenal untuk ikan trout serta salmon. Saya amat bertuah kerana dapat menjejakkan kaki dan memancing di sana. Awal September lalu, salji terakhir baru saja mencair di kaki pergunungan Andes. Ketika udara dingin mula mencengkam dan langit kelabu berarak rendah di atas bumi Chile, saya kebetulan berada di daerah Temuco iaitu wilayah selatan negara ini kerana tugasan kerja selama seminggu. Takdir punya caranya tersendiri, penerbangan pulang……














