fbpx
Bolia bersama isterinya yang terlantar akibat strok di rumah mereka di Ipoh.

Isteri dulu aktif tiba-tiba kena strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Tanpa sebarang tanda-tanda awal menghidap pe­nyakit, seorang wanita tiba-tiba diserang strok dan kini sudah dua bulan hanya terlantar di atas katil.

Suaminya, Bolia Buang, 45, yang juga anggota polis kini tabah menguruskan tiga anak mereka yang masih bersekolah di samping menjaga iste­rinya, Nur Zuliani Mohd. Ariffin, 42.

Katanya, dia tidak menyangka berdepan situasi itu kerana isteri sebelum ini seorang yang aktif menyertai pelbagai aktiviti riadah dan sukan.

“Kami sekeluarga mengadakan perkhemahan pada 3 Ogos lalu. Esoknya (4 Ogos) setelah pulang, isteri terbaring di bilik air dengan matanya masih terbuka tanpa sebarang reaksi.

“Saya menghubungi ambulans dan kemudian dia disahkan strok,” katanya kepada Kosmo!.

Menurutnya, dia sebelum ini telah mengambil cuti panjang untuk menguruskan isteri serta anak-anak.

Katanya, anak sulungnya yang baru memulakan sesi pembelajaran tingkatan enam paling terkesan dan sedih dengan musibah yang berlaku.

“Adik-adik lain masih kecil mungkin tidak faham keadaan, namun abang sulung agak sedih. Saya nampak reaksinya se­perti hilang semangat. Dia sentiasa bertanya ibu sakit apa dan bolehkah pulih kembali?” katanya.

Bolia yang berasal dari ­Ku­­c­hing, Sarawak berkata, keluar­ganya kini memerlukan perbelanjaan hampir RM3,000 sebulan untuk penjagaan Nur Zuliani se­perti membeli susu, lampin pakai buang dan ubat-ubatan.

“Ada kalanya saya terpaksa minta pulang ke rumah sebentar untuk menguruskan isteri, memberinya makan atau menukar pakaian apabila bekerja.

“Dia masih tidak boleh bercakap dan sedikit lupa. Ka­dangkala kami terpaksa menaip di te­lefon untuk berkomunikasi. Tidak pasti sama ada dia boleh memahami atau tidak.

“Dia hanya menangis dan kami cuba meneka apa yang mahu di­sampaikan.

“Kami buat sebaik mungkin untuk membantunya sehingga dia tidak lagi mengalirkan air mata,” katanya.

Dia yang berkhidmat sebagai anggota polis di Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta mengharapkan isterinya kembali sembuh dan boleh bercakap serta bergerak semula.

Orang ramai boleh menyumbang menerusi akaun Maybank 1642-8555-7158 Bolia atau meng­hubunginya di talian 016-777 4899.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI