fbpx
Farahdhiya selesa dengan pendekatan lama iaitu lelaki memulakan langkah pertama untuk berkenalan untuk sesebuah perhubungan.

‘Ikut cara lama, lelaki mulakan langkah pertama terhadap saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Farahdhiya mengakui masih selesa dengan pendekatan lama iaitu lelaki memulakan langkah pertama untuk berkenalan untuk sesebuah perhubungan.

Pemilik nama penuh Nur Farahdhiya Mohd Amin, 41, itu berkata, ‘mengiklankan’ diri dalam media sosial untuk mencari jodoh dilihat satu perkara yang bagus meskipun kelihatan aneh

“Saya tidak mengikuti sesiapa dalam Threads tetapi menerima mesej daripada individu.

“Hari ini nampak ramai pula yang mencari jodoh untuk diri sendiri. Sebenarnya idea yang bagus walaupun macam pelik jugalah.

“Mungkin sebab saya adalah individu yang masih terikat cara lama. Saya mahu lelaki memulakan langkah pertama terhadap saya dahulu walaupun ramai kata zaman sekarang sudah lain,” katanya dalam Threads.

Meski ramai mula melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan jodoh, dia masih kekal dengan pendirian untuk melakukan langkah pertama.

“Tetapi tidak mengapa, saya masih selesa dengan ikut cara lama.

“Bercakap tentang itu, saya rindu pula zaman bercinta dulu-dulu, lain betul dengan sekarang.

“Orang sekarang pelik. Perkara yang mereka bicara dan lakukan buat saya takut,” ujarnya tanpa memperincikan perkara yang dianggap menakutkan itu.

Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan Farahdhiya melahirkan kebimbangan untuk berkahwin disebabkan banyak kes keganasan rumah tangga dan takut nasib sama berlaku kepadanya.

Dia juga turut mendedahkah 90 peratus lelaki yang mendekatinya adalah berstatus suami orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN