BACHOK – Kecekalan enam belia orang kurang upaya (OKU) kategori autisme melatih diri berdikari melalui Kursus Autis Kreatif membuahkan hasil apabila berjaya menguasai kemahiran pembuatan cenderahati walaupun baru dua bulan menyertainya. Mereka ialah Ahmad Aiman Kaisan Perwira, 24, Muhammad Harith Hishamuddin, 26, Zul Hakim Faizul, 21, Ainur Najihah Adnan, 20, Abdul Muiz Muhammad, 20, dan Amirullah Mohd. Zain, 21. Kursus anjuran Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok yang pertama kali dilaksanakan pada September lalu itu akan diteruskan pada Februari……














