fbpx
Laluan Gerik ke Jeli, Kelantan. - GAMBAR HIASAN

Dua laluan berisiko kejadian tanah runtuh di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Dua kawasan utama dikenal pasti berisiko tinggi berlaku kejadian tanah runtuh iaitu laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan serta jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sehubungan itu, JKR bersama syarikat konsesi terlibat akan meningkatkan pemantauan dan penyelenggaraan di kawasan terlibat sepanjang tiga bulan musim Monsun Timur Laut (MTL).

“Di situ, pernah berlaku acap kali (tanah runtuh), jadi kalau berlaku (semasa) MTL akan terjejas (kepada pengguna jalan raya,).

“Jadi, JKR bersama-sama dengan syarikat konsesi akan berikan perhatian lebih supaya tidak ada tanda-tanda yang membuatkan akan roboh atau berlaku rebak yang besar dengan penambahan pemantauan,” katanya kepada pemberita di Stesen Minyak Shell, Jalan Ipoh-Tanjung Malim, Simpang Pulai di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum turut sama-sama bergotong-royong membersihkan longkang sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bagi Kesiapansiagaan Monsun Timur Laut (MTL) yang dianjurkan oleh JKR Perak yang turut dihadiri pengarahnya, Ir. Zamri Mat Kasim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN