PETALING JAYA – Seorang lelaki kesal dengan tindakan pemilik kucing yang sanggup membuang dua ekor kucing comel ke dalam longkang.
Menerusi hantaran pengguna Threads @Hanivvv19, kucing tersebut sudah hampir seminggu berada di dalam longkang.
“Siapalah yang bagus sangat buang (kucing) ke dalam longkang. Sudah tiga ke empat hari duduk di dalam longkang,” ujarnya.
Lelaki tersebut menggunakan sangkar untuk menangkap kucing-kucing yang berada dalam ketakutan itu.
Sementara itu, ramai menawarkan diri membela kucing itu kerana kecantikannya.
Perkongsian berkenaan turut meraih perhatian netizen yang meluahkan rasa marah serta simpati terhadap nasib haiwan tersebut.
“Mesti kucing itu ketakutan sangat sampai menggigil badan kucing itu. Apalah nasib mereka (kucing) sebelum ini,” komen @Mizatulfarihah
“Kenapa buang kucing dalam longkang macam ini? Dah macam bagi makan dekat ular sawa atau biawak pula,” komen @Sourireformerchie. – KOSMO! ONLINE















