fbpx
Bot nelayan yang ditahan di perairan Dungun semalam.

Bot nelayan guna pukat haram disita Polis Marin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Gara-gara menggunakan pukat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, sebuah bot nelayan kelas B disita Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga di perairan Dungun dekat sini semalam.

Bot yang telah menangkap ikan berjumlah keseluruhan RM31,700 itu ditahan pada pukul 1.10 tengah hari pada kedudukan 12.96 kilometer dari perairan Kuala Dungun dekat sini.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Izulafendi Hassan berkata, kegiatan bot nelayan tempatan tersebut disedari sebuat bot peronda agensinya yang sedang mengadakan rondaan penguatkuasaan.

“Waktu itu, nelayan bot terbabit sedang leka menangkap ikan. Pemeriksaan mendapati dua set pukat digunakan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Perbuatan tersebut menyalahi syarat lesen ditetapkan Jabatan Perikanan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sink hari ini.

Izulafendi berkata, bot nelayan kelas B tersebut telah ditunda ke Jeti Jabatan Laut di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, bot dan semua hasil laut yang ditangkap telah disita serta kes sedang disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.

“Nelayan dimohon agar mematuhi syarat ditetapkan Jabatan Perikanan demi kelestarian ekosistem perairan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI