fbpx
Satu mayat migran yang ditemui terdampar di kawasan pantai di perairan Langkawi, hari ini.

Bot karam: 28 mayat hanyut di perairan Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Sebanyak 42 migran ditemui hanyut di perairan ini setakat petang ini dengan 28 daripadanya disahkan meninggal dunia.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, mangsa yang maut terdiri daripada 14 lelaki, sembilan wanita serta dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

“Seramai 14 mangsa yang ditemui hidup terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita,” katanya di sini hari ini. Berhubung operasi mencari dan menyelamat (carilamat) yang memasuki hari kelima hari ini, beliau berkata, pada pukul 9.39 pagi tadi, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi menerima laporan daripada nelayan tempatan mengenai penemuan satu mayat kanak-kanak perempuan kira-kira 5.8 batu nautika dari Pulau Cupu.

“Susulan laporan itu, bot Fast Combat Boat (FCB) 1331 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diatur gerak ke lokasi untuk mengambil mayat berkenaan sebelum dibawa ke jeti APMM dan diserahkan kepada pihak polis,” ujarnya.

Katanya, seterusnya pada pukul 4.31 petang tadi, MRSC Langkawi menerima aduan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan satu mayat lelaki dewasa terdampar di Pulau Beras Basah.

“Susulan laporan tersebut, sebuah bot Rigid Inflatable Boat (RIB) milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diatur gerak ke lokasi bagi mengambil mayat berkenaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI