fbpx
Bung dan Zizie ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh Ahmad Iqbal Rosli/ KOSMO!

Bicara bela diri Bung Moktar tangguh kerana PRN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A. Samad untuk menangguhkan perbicaraan bela diri ke Januari tahun hadapan.

Perbicaraan peringkat bela diri itu sepatutnya bersambung pada 27 November dan 3 Disember ini.

Hakim Rosli Ahmad menetapkan tarikh baharu itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan telah menerima surat daripada peguam tertuduh untuk penangguhan perbicaraan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd. Zamry berkata pihak pendakwaan telah menerima surat permohonan penangguhan itu pada l4 November lalu daripada peguam bela kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan perbicaraan berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijadual pada 29 November ini.

“Mahkamah membenarkan perbicaraan pada 27 November dan 3 Disember ditangguhkan dan menetapkan tarikh baharu perbicaraan pada 12 hingga 14 Januari 2026,” kata hakim itu.

Pada prosiding hari ini, Bung Moktar dn Zizie Izette diwakili peguam bela, Ridha Abdah Subri.

Bung Moktar, 65, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dijadual bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag bagi mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2020.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa pada 3 Mei 2019 atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette, 46, di Public Bank Berhad Cawangan Taman Melawati di sini pada 12.30 tengah hari hingga 5 petang, 12 Jun 2015.

Pertuduhan ketiga, Bung Moktar turut dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan tunai RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan sama pada 17 Jun 2015.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie Izette, 46, pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya mengikut Seksyen 28(1)(c) akta sama, yang membawa hukuman sama jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN