fbpx
Gambar hiasan

Bekas pengikut Ayah Pin antara ditahan berhimpun depan Istana Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MACHANG – Dua daripada 13 individu termasuk seorang wanita dan tiga Orang Asli yang ditahan selepas berhimpun di depan Istana Negeri, Kubang Kerian di sini kelmarin merupakan bekas pengikut ajaran Ayah Pin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, berkata, kedua-dua lelaki itu merupakan antara lima individu yang dikesan positif dadah selepas ujian saringan awal air kencing dijalankan.

Menurutnya, kesemua individu yang ditahan selepas berhimpun di depan Istana Negeri itu juga berkemungkinan mempunyai kaitan dengan ajaran sesat.”Kita tidak menolak kemungkinan mereka ini mempunyai kaitan dengan ajaran sesat apabila terdapat dua daripadanya bekas pengikut Ayah Pin.

“Siasatan lanjut turut mendapati, mereka berhimpun di depan istana untuk menyerahkan barangan lama kepada Sultan Muhammad VI (Sultan yang akan datang datang), bukannya Sultan sekarang (Sultan Muhammad V),” ketika ditemui pemberita selepas Program Town Hall Discussion Ketua Polis Kelantan 2025: Waspada Jenayah Dadah dan Jenayah Siber di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, pihaknya juga masih menjalankan siasatan lanjut termasuk peranan penduduk Orang Asli yang turut menyertai himpunan berkenaan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seramai 13 individu termasuk seorang wanita dan tiga Orang Asli yang ditahan selepas berhimpun di depan Istana Negeri, Kubang Kerian di sini kelmarin dipercayai mahu menyerahkan barangan lama kepada pihak istana.

Mohd. Yusoff berkata, kesemua individu yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 67 tahun itu direman empat hari bermula semalam hingga Sabtu ini.

Mengikut sumber, pemeriksaan terhadap beberapa orang suspek menjumpai senjata tajam seperti keris, lembing, kelewang, pedang dan benet.

“Selain itu, kayu, tongkat buluh, teko tembaga, cawan tembaga, rantai manik, duit syiling pelbagai mata wang, akar kayu dan songket berwarna kuning turut dirampas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI