fbpx
Azri Azfar (berdiri, kiri) menantu kepada Ishak (duduk, kiri) menggambarkan arwah bapa mentuanya sebagai seorang rakan dan bapa yang baik.

‘Arwah sangat baik walaupun saya hanya menantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – “Arwah ada beritahu dia rasa tidak sihat tetapi tetap keluar memancing kerana sudah berjanji dengan rakannya.”

Demikian kata Azri Azfar Ab. Aziz, menantu kepada Allahyarham Ishak Hashim, 57, yang maut disambar petir selepas pulang memancing di Jeti Nelayan Teluk Baru, di sini malam tadi.

Katanya, bapa mentuanya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah hotel di Pantai Chenang mempunyai ramai kawan dan tidak pernah berkira dengan sesiapa.

“Dia sangat baik dengan saya walaupun saya cuma menantunya. Setiap kali saya balik, arwah pasti akan membelikan makanan kegemaran kami.

“Arwah juga yang mengajar saya memancing dan akan mengikut arwah untuk memancing sekiranya saya berada di Langkawi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azri yang menetap di Johor Bahru bersama keluarganya memberitahu, dia baru sahaja keluar dari Langkawi semalam selepas melawat keluarga mentuanya Ahad lalu.

Katanya, dia sempat keluar memancing bersama arwah pada Isnin lalu dan arwah ada meminta dia merakam video semasa menangkap ikan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki maut disambar petir selepas pulang memancing di Jeti Nelayan Teluk Baru, malam tadi.

Arwah dilaporkan sempat menunaikan solat maghrib sebelum bergerak pulang ke rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI