fbpx
Poster perkhidmatan mengangkat sampah yang tular di media sosial.

Ambil upah angkat sampah 26 hari hanya RM30

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular di media sosial poster tawaran perkhidmatan mengangkat sampah dengan caj hanya RM30 bagi tempoh 26 hari.

Poster berkenaan memaparkan mesej ringkas selain turut diletakkan nombor telefon seorang individu untuk sebarang pertanyaan.

“Angkat sampah RM30, 26 hari (kecuali ahad). Tinggalkan sampah depan rumah sahaja saya angkat,” tulisnya.

Menurut individu yang dikenali sebagai Prengki itu, dia memaklumkan kerja tersebut dibuat bagi membantu menampung keperluan hidupnya.

“Cari makan bang. Bantu saya, saya bantu abang,” katanya ringkas.

Perkongsian gambar itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata tersentuh dengan keikhlasan dan usaha gigih individu berkenaan mencari rezeki secara halal dalam keadaan ekonomi mencabar.

Selain ucapan sokongan, ada juga pengguna media sosial yang berkongsi pandangan positif dengan melihat potensi besar dalam usaha tersebut sebagai satu idea bisnes’ berkesan.

Pengguna Facebook, Ciperdy Azezy berkata, sekiranya individu terbabit mensasarkan 100 buah rumah sebulan, dia mampu meraih pendapatan sekitar RM3,000.

“Idea bisnes angkat sampah jer. Dia tolong angkut, tinggal sampah depan rumah je. Kalau 10 rumah dah dapat RM300, 100 rumah boleh dapat RM3,000 sebulan, ‘side income’ yang okey.

“Fokus dekat kawasan taman je, jangan jauh-jauh. Insha-Allah senang. Kalau tambah servis potong rumput dua kali sebulan caj RM100, terus jadi RM130 sebulan satu rumah. Darab 100 rumah, boleh dapat RM13,000 sebulan!,” cadangnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN