fbpx
Lima tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, hari ini. Foto oleh SAFINA RAMLI/KOSMO!

Warga China mengaku tinggal lebih masa, langgar pas pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN- Lima warga China termasuk seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan tinggal melebihi tempoh dan melanggar syarat pas pekerjaan.

Majistret Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin menjatuhkan hukuman denda RM10,000 terhadap dua tertuduh Zhu Lushan, 34, dan Liu Xiaoqian, 28.

Malah mereka berdua turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama lapan bulan jika gagal membayar denda.

Selain itu, Majistret turut menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 terhadap tiga tertuduh, Zhu Xiaolong, 36, He Linpeng, 33, Tong Bofeng, 31, selain mengarahkan mereka dipenjara selama dua bulan dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Kesemua tertuduh membuat pengakuan bersalah itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan dalam bahasa Mandarin kepada mereka dihadapan Majistret.

Berdasarkan pertuduhan, Xiaolong, Linpeng dan Bofeng yang mempunyai pas pekerjaan sebagai Pengurus Pemasaran Excellent Giant Logistic Sdn Bhd beralamat di Kuching, Sarawak tanpa sebarang alasan munasabah berada di premis 2A Solok Tropika 1, Tropika Ferringhi, Batu Ferringhi pada pukul 7 malam, 31 Oktober lalu.

Ketiga-tiga mereka didapati telah melanggar syarat dikenakan berkaitan pas pekerjaan dengan bekerja di premis tersebut dan melakukan kesalahan bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM1,000, jika sabit kesalahan.

Manakala dua lagi tertuduh, Lushan dan Xiaoqian didapati tinggal melebihi tempoh sah pas khas masing-masing selama enam hari di lokasi, tarikh serta waktu yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta sama, yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Farihin Ahmad manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Ng Sze Wei. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI