fbpx
Tangkap layar kejadian yang dikatakan berlaku di KLIA.

[VIDEO] Pelancong mengamuk tidak diberitahu beli burger daging lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pelancong wanita dari India berang apabila tidak dimaklumkan burger yang dibeli di sebuah restoran terkenal menggunakan daging lembu.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu kini telah tular di media sosial.

Dikatakan peloncong wanita itu sempat menghempas burger tersebut ke lantai sebelum memarahi pekerja restoran terbabit.

Menerusi klip video yang tersebar di TikTok, pelancong tersebut bersama pasangannya agak kecewa apabila todak diberitahu mengenai daging lembu yang diberi bersama makanannya.

“Kenapa tidak bagitahu ini ada daging lembu, saya sangkakan hanya ada sayur, saya tidak boleh makan daging,” jelas pelancong tersebut sambil menangis.

Namun, kakitangan restoran makanan segera tersebut bertindak menenangkan keadaan yang sedang kecoh itu.

“Memang kebiasaan ada daging, kami bukan sengaja. Menu memang begitu,” jelas pekerja tersebut.

Rata-rata orang ramai juga menasihatkan agar pelancong sepatutnya bertanya terlebih dahulu sebelum membuat kecoh.

“Kalau restoran tu menu dah tunjuk, siap ada gambar dan tulisan lagi. Kenapa pula nak jadi masalah macam ni,” kata Ashraf Razali.

“Lain kali elok tanya dulu, jarang la Malaysia ni bagi sayur sahaja dalam burger, kecuali dalam stadium sahaja,” kata Anwar Daud.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN