fbpx
Seorang pelajar lelaki warga China ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan kediaman di kawasan perumahan Bandar Baru Nilai, pagi tadi. Foto oleh PDRM.

Terkejut pelajar jatuh tingkat 18 selepas subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Seorang pelajar lelaki warga China ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 18 sebuah bangunan kediaman di kawasan perumahan Bandar Baru Nilai, pagi tadi.

Mangsa berusia 18 tahun yang dikatakan pelajar sebuah kolej swasta di sini ditemukan terbaring di aras lima bangunan berkenaan sekitar pukul 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.01 pagi yang memaklumkan terdapat seorang lelaki warga asing meninggal dunia.

“Penduduk setempat yang melihat lelaki itu kemudiannya menghubungi talian kecemasan 999. Siasatan awal mendapati mangsa tinggal di kawasan perumahan itu bersama seorang rakan senegara,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan oleh pasukan Forensik IPK Negeri Sembilan tidak menemui sebarang kecederaan luaran yang mencurigakan, kecuali pendarahan di bahagian telinga dan ruam pada badan.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI