fbpx
CONTE dikait bakal meletakkan jawatan ekoran prestasi kurang konsisten pasukan itu pada musim ini. - AFP

Serie A: Napoli nafi spekulasi libatkan Conte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAPLES – Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis menafikan spekulasi bahawa pengendali, Antonio Conte bakal meletakkan jawatan dalam masa terdekat susulan prestasi tidak konsisten pasukan pada musim ini.

Menurut De Laurentiis, pihak pengurusan langsung tidak mempunyai masalah dengan Conte yang dianggap memiliki pengaruh besar selepas membantu pasukan menjulang trofi Serie A musim lalu.

De Laurentiis berkata, dakwaan yang dikeluarkan oleh pihak media itu tidak berasas kerana jurulatih kelahiran Itali itu tetap menghormati kontraknya bersama pasukan.

“Saya ada mendengar spekulasi Conte akan meletakkan jawatan di laman sosial. Namun, ia tidak benar memandangkan kami langsung tidak ada masalah dengannya.

“Kami sangat bangga apabila jurulatih hebat seperti Conte membimbing kelab ini dan harap dia dapat kekalkan dedikasi untuk terus pacu pasukan mencapai kejayaan musim ini,” katanya.

Sebagai rekod, prestasi Napoli musim ini tidak seperti diharapkan selepas menduduki tangga keempat saingan Serie A selain bergelut dalam kancah Liga Juara-Juara apabila hanya menang satu daripada empat perlawanan.

Baru-baru ini Conte membuat kenyataan kontroversi apabila menyifatkan pengurusan menandatangani pemain yang tiada dalam perancangannya seperti Kevin De Bruyne dan Rasmus Hojlund sehingga menjejaskan keharmonian pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI