fbpx
Tangkap layar video menunjukkan detik pesawat kargo itu terhempas di Singhanghi, wilayah Kakheti semalam. - East2West

[VIDEO] Pesawat tentera Turkiye berpusing sambil terjunam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TBILISI – Sebuah pesawat kargo milik tentera Turkiye yang membawa 20 anggota terhempas di timur Georgia selepas berlepas dari Azerbaijan, lapor portal berita Al Arabiya English. 

Pesawat jenis C-130 itu terhempas di Singhanghi, wilayah Kakheti yang bersempadan dengan Azerbaijan semalam. 

Menurut Kementerian Pertahanan Turkiye, pesawat itu membawa 20 penumpang termasuk askar dan kru tanpa memberikan sebarang butiran tambahan. 

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas itu ketika mereka menjalankan tugas am. 

Pentabiran Erdogan bagaimanapun tidak menyatakan punca nahas dan jumlah mangsa terkorban. 

Terdapat askar warga Turkiye dan Azebaijan di dalam pesawat tersebut, demikian menurut media tempatan.

Video rakaman yang beredar di media sosial menunjukkan pesawat tersebut berpusing di udara ketika menjunam, dengan asap keluar dari kapal terbang.

Turkiye dan Georgia sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca nahas. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI