fbpx
Tertuduh tengah berjambang (yang lain blurkan muka).

Dipenjara sebulan kerana gagal bayar denda RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang penganggur dihukum denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Bahau di sini hari ini atas kesalahan memecah masuk sebuah rumah di Taman ACBE minggu lalu sehingga tular dalam media sosial.

Tertuduh, Mohd. Fauzul Abu Bakar, 30, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Majistret Elizabeth Low.

Elizabeth menetapkan hukuman penjara selama sebulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda. Mohd. Fauzul yang tidak dapat membayar denda tersebut kemudian dibawa ke Penjara Jelebu dekat sini iuntuk menjalani hukuman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi lelaki didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 1.03 hingga 1.17 tengah hari, 9 November lalu di Taman ACBE.

Oleh itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda. Jika mencuri boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Vesvanathan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI