fbpx
NURUL Syafinaz Yusof (baju biru) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan gagal melaporkan rasuah bernilai RM5,150 berkaitan program Pusat Literasi Keluarga (PLK) oleh Felda yang tidak pernah dijalankan pada 2018 dan 2019. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

Pembantu pembangunan masyarakat didakwa gagal lapor rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang pembantu pembangunan masyarakat di Felda Tenggaroh Timur 1 didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan gagal melaporkan rasuah bernilai RM5,150 berkaitan program Pusat Literasi Keluarga (PLK) oleh Felda yang tidak pernah dijalankan pada 2018 dan 2019.

Tertuduh, Nurul Syafinaz Yusof, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua empat pertuduhan dibacakan di hadapan N. Kanageswari.

Mengikut empat pertuduhan, tertuduh sebagai pembantu pembangunan masyarakat di Felda Tenggaroh Timur 1 telah diberikan wang suapan keseluruhan berjumlah RM5,150 oleh seorang wanita berusia 46 tahun berkaitan program PLK yang tidak pernah dijalankan dan gagal melaporkan pemberian tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Jalan Besar, Bahau di Jempol antara 20 Ogos 2018 hingga 4 Jun 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM8,000 bagi empat pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri di Pejabat SPRM sekali sebulan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 12 Disember depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN